Assalamualaikum semua. Semoga perkongsian kali ini menarik minat kalian untuk membaca. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telahpun menutup tirainya setelah berminggu-minggu pelajar Tingkatan 5 seluruh Malaysia berjuang bagi mencapai impian mereka. Dengan berakhirnya subjek terakhir yang mereka pilih, maka merdekalah mereka. Walau bagaimanapun, kemerdekaan ini hanyalah sementara. Hal ini kerana, setelah berdaftarnya mereka di mana-mana institusi peengajian tinggi maka, nilai kemerdekaan yang mereka nikmati selama ini semakin berkurang. Pelbagai kerja dan tugasan yang bakal mereka hadapi dan perlu diselesaikan. Nilai kemerdekaan ini berkemungkinan tidak dinikmati oleh peserta yang terpilih ke Pusal Latihan Khidmat Negara (PLKN). Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah. Hal ini kerana PLKN dapat melatih diri kita supaya lebih berdisiplin lebih-lebih lagi dalam era transformasi negara di samping dapat menanam sifat patriotisma terhadap negara kita, Malaysia.
Buat lepasan SPM 2012, banyak waktu yang terluang perlu dirangka dengan baik. Jangan biarkan diri kita terus berkecimpung dengan perkara yang tidak berfaedah. Hal ini bukan sahaja merugikan diri sendiri malahan kerugian turut melanda kepada ibu bapa kita yang mengeluarkan kewangan mereka kepada mereka. Mungkin ada yang mengatakan bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka tetapi adakah wajar untuk kita membelanjakan wang tersebut kepada perkara yang tidak berguna? Selain itu, penyusunan dan perancangan waktu yang baik amat mempengaruhi diri kita. Kita tidak akan tertekan sekiranya masa kita dirancang dengan baik. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menimba pengalaman di samping menambah kewangan sara diri contohnya dengan bekerja separuh masa. Hal ini dilihat enteng oleh segelintir pihak dan mendakwa bahawa hal ini amat memalukan bagi mereka. Perkara ini perlu dihindar dari pemikiran anak remaja pada masa kini kerana "baik berjagung-jagung sementara padi belum masak".
Dalam menyusuri alam remaja, banyak liku-liku kehidupan yang perlu ditempuh. Oleh itu, banyak tekanan yang bakal dilanda sekiranya masalah tersebut tidak diurus dengan baik. Marcapada, banyak kes berkaitan remaja yang dilaporkan seperti pembuangan anak, gangsterisma dan vandalisma. Perkara ini banyak dilakukan oleh keluarga. Hal ini lebih menjurus kepada remaja lepasan SPM. Hal ini bukan tuduhan tetapi ianya kenyataan kerana mereka sudah tidak memikirkan mengenai masalah pelajaran mereka dan tidak terikat dengan peraturan sekolah. Berkemungkinan hanya segelintir sahaja yang memikirkannya.
Di samping itu, adab dan budaya melayu kini sudah luntur dalam kalangan remaja. Adab terhadab ibu bapa semakin berkurangan apatah lagi dengan rakan-rakan dan orang tua. Hal ini disebabkan oleh banyak perkara seperti pengaruh rakan ataupun diri yang sudah lama terbelenggu dengan perkara-perkara negatif.
Walau bagaimanapun, sekalung tahniah kepada calon-calon SPM SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun 2012 yang telah menamatkan peperiksaan dan pengajian mereka. Semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang dan jangan lupa pada jasa guru-guru yang telah membimbing kalian di sekolah. Akhir kata, "All is Well".
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment