Firman Allah SWT

"Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." [18:109]

Thursday, 6 December 2012

Solat Sunat Tahajud

"Hendaklah engku gunakan sebahagian waktu malam tu untuk sembahyang tahajud sebagai sembahyang  sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan keadaan yang baik" [17;79]
Assalamualaikum, Qiamullail atau bangun malam amat sinonim dengan amalan sunnah Rasulullah SAW. Amalan ini tidak pernah Rasulullah tinggalkan sehinggakan kaki baginda menjadi bengkak. Qiamullail boleh diisi dengan pelbagai ibadah-ibadah sunat untuk mengukuhkan lagi tali perhubungan dengan Allah SWT. Kebiasaannya, ia diisi dengan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Tahajud. Hal ini diringi dengan zikir-zikir munajat. Entry kali ini membincangkan tentang kepentinngan Solat Sunat Tahajud.

Solat Sunat Tahajud dari segi bahasa bermaksud meninggalkan tidur manakala dari segi istilah ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun tidur sebentar. Solat Sunat Tahajud boleh dilakukan selepas solat Isyak hingga terbit fajar.Walau bagaimanapun, amat digalakkan jika kita melakukan solat ini pada sepertiga malam terakhir iaitu kira-kira jam 0300 hingga jam 0500. Hai ini kerana, pada waktu ini, frekuensi  otak berada dalam lingkungan 7 hinggan 14 kitaran persaat iaitu pada paras alfa. Pada tahap ini, kita lebih tenang dan fokus untuk melakukan apa sahaja termasuklah ibadah. Selain itu, perkara yang masuk ke dalam fikiran kita tidak ditapis dan hal ini membolehkan kita bermunajat dengan lebih senang. Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Tuhan kita yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia . Setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang terakhir dengan berfirman: "Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan, siapa yang mahhu meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan, siapa yang mahu meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni."
Sudah terang lagi bersuluh, Solat Sunat Tahajud boleh menguatkan lagi tali perhubungan kita dan Allah di samping hajat yang dipinta turut dikabulkan.

Ramai antara kita yan masih belum mendalami mengapa harus kita melakukan Solat Sunat Tahajud. Solat Sunat Tahajud mempunyai banyak fadhilat serta kebaikannya. Dengan melakukan solat ini, kita dapat menunjukkan tanda perhambaan kita kepada Allah SWT. Di samping itu, kita dapat menguatkan jiwa dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Solat ini juga dilakukan bagi mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Kita juga dapat menzahirkan tanda kesyukuran  kita kepada Pencipta Yang Maha Esa dengann menunaikan ibadah sunat  ini. Tambahan pula, kita dapat mengindari diri kita daripada menerima musibah dan penyakit dengan beristiqamah melakukannya. Rasulullah SAW bersabda:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad )

Antara fadhilat dan kelebihan Solat Sunat Tahajud ialah:
  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Setakat itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga pembaca dapat mengambil pengajaran yang bergun. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment