Firman Allah SWT

"Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." [18:109]

Tuesday, 11 December 2012

Durian Oh Durian

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Buah-buahan tempatan merupakan salah satu tarikan utama pelancong di negara kita. Durian, langsat, duku, rambutan dan banyak lagi. Tahukah anda bahawa sesungguhnya orang barat datang ke Malaysia semata-mata untuk mencari buah-buahan tempatan terutamanya durian. Durian, raja segala buah merupakan satu kegilaan kepada seluruh rakyat Malaysia di semua peringkat umur. Harumannya yang menawan serta rasanya yang menggoda, menggamit segala kenangan di Malaysia. Walau bagaimanapun, kenapa masuh ramai yang meminati durian sedangkan kulitnya yang berduri dan baunya berkemungkinan menganggu-gugat bagi sesetengah pihak? Hal ini kerana, dengan kita mengopek kulit tersebut dan hasilnya amat mengkagumkan. Tetapi, dalam benak pemikiran saya, kenapakah manusia tidak melakukan sedemikian untuk mendapatkan hasil yang baik? kenapa masih ada manusia yang tidak dijadikan durian sebagai 'role model' mereka? Kenapa selebriti-selebriti yang tidak semestinya baik dijadikan idola atau 'role model'? Kenapa mereka tidak memandang orang yang dianggap hodoh seperti durian?

Mengapa saya bertanya tentang soalan-soalan tersebut? Ya, hal ini kerana kebanyakan manusia sekarang menilai sesuatu dengan melulu dan secara negatif. Selain itu, mereka hanya menunggu rezeki datang bergolek. Berbalik kepada durian tadi, kulit durian tersebut dianggap sebagai suatu masalah yang dihadapi. Manakala usaha kita untuk mendapatkan isinya yang kuning keemasan merupakan suatu wadah untuk kita mendapatkan hasil yang baik. Tetapi perkara ini hanyalah berlaku ketika untuk mengopek durian. Manusia sekarang tidak pandai untuk mengaplikasikan perkara remeh tersebut sedangkan di sebalik perkara itu terdapat banyak pengajaran yang boleh kita aplikasikan.

Di samping itu, budaya orang melayu sekarang yang menilai sesuatu yang remeh-temeh secara negatif. Hal ini dapat dibuktikan melalui manusia sekarang yang beranggapan bahawa berkebun itu begitu kecil hasilnya. Sedangkan, dengan berkebun, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita di samping dapat menikmati hasil tanaman yang diusahakan. Seperti yang dikatakan tadi, hanya durian yang dinilai berharga walaupun durinya tajam.

Maka, pemikiran kita haruslah berubah. Kebanyakan orang melayu yang pantas menuduh atau menilai sesuatu tanpa ada unsur periksa dan bukti yang kukuh justeru, ayuhlah kita jadikan durian sebagai pedoman. Jadilah seperti durian yang mempunyai hasil yang mapan walupun kulit tidak menawan.



No comments:

Post a Comment