Assalamualaikum semua.
Semoga pertemuan kali ini bahan bacaan lebih menarik dari sebelum ini.Bulan Muharram sering dikaitkan dengan peristiwa Hijrah dan Hari Asyura. Terdapat banyak kelebihan yang kita dapat dengan melakukan amar makruf pada bulan ini.
Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam Kalendar Hijrah. Penggunaan takwim Hijrah bermula pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, waris kepimpinan Rasulullah SAW juga dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin sekitar tahun 632 Masihi. Sebelum wujudnya takwim Hijrah ini, umat Islam, masyarakat Arab khususnya, menggunakan pelbagai kalendar termasuklah kalendar Tahun Gajah, Parsi, Romawi dan rujukan peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Setelah dibanding dan dikaji, maka ia telah memberi ilham kepada Umar al-Khattab untuk mewujudkan takwim khas bagi umat Islam. Beliau memilih tahun yang mempunyai peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sebagai asas permulaan tahun bagi kiraan takwim Islam. Selain itu banyak peristiwa yang membawa kepada pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam Islam antaranya ialah:
- Umat Islam baru selesai menunaikan rukun Islam yang terakhir iaitu Ibadah Haji yang dilakukan pada bulam sebelumnya, Zulhijjah.
- Penetapan penghijrahan ke Madinah ditetapkan.
- Memperingati peristiwa Bai'at Aqabah kedua.
Bulan Muharram juga merupakan antara bulan-bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Pada bulan-bulan tersebut, umat Islam diharamkan berperang dan berbunuhan kecuali diugut. Larangan untuk melakukan maksiat lebih keras berbanding bulan-bulan yang lain.
Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Abdullah Ibnu Abbas ra mengatakan: maksiat yqng dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amalan kebajikan yqng dilakukan lebih besar pahalanya (Tafsir at-Thabari)
Al Allamah ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi Muhammad SAW memandubkan berpuasa di bulan-bulan haram.
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". HR Muslim no. 1163.
(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment