Firman Allah SWT

"Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." [18:109]

Thursday, 22 November 2012

Pertandingan Bicara Berirama

Assalamualaikum W. B. T. semua.
Semoga kalian seronok membaca entry  kali ini.




Sireh Berlipat Sireh Pinang,
Sireh Dari Pulau Mutiara;
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Ingin Rasa Memakan Kari,
Kari Cendawan Batang Keladi;
Girang Rasa Tidak Terperi,
Bertemu Tuan Yang Baik Budi.



Begitulah pantun yang dilantun oleh pasukan kami yang mewakili Terengganu Darul Iman dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di D' Village Resort, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut diadakan pada 29-31 Oktober 2012. Pasukan kami membawa diri dengan kemenangan pertama pada peringkat Daerah Dungun di SM Sains Dungun seterusnya melakar kejayaan pada peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di SMK Jenagor, Hulu Terengganu. Selepas itu, berbekalkan skrip berjudul "Kami Rakyat 1 Malaysia", kami mara ke peringkat Kebangsaan. Hal ini merupakan batu loncatan buat kami kerana pertandingan ini kali pertama diadakan.

Pengalaman dan Ilmu banyak kami peroleh disana. Setibanya kami disana, kami disambut oleh urusetia yang agak peramah. Sejurus kemudian, kami dibawa berjumpa bersama urusetia pasukan Terengganu sebelum ke bilik. Kenangan pertama dimanifastasikan apabila kami meronta-ronta mencari bilik kami seperti "rusa masuk kampung" . Lega kami dapat dihilangkan sejurus bilik penginapan kami dijumpai. Riuh-rendah jadinya. Pada sebelah malam, acara penyesuaian pentas dilaksanakan. Sessi tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak penganjur seterusnya mesyuarat ringkas antara urusetia dan guru pengiring diadakan. Sessi penyesuaian pentas dimulakan dengan peserta pertama iaitu Negeri Sembilan dan berakhir dengan peserta Wilayah Persekutuan Labuan. Pasukan kami giliran ketujuh. Pelbagai gaya ditonjolkan oleh setiap peserta.

Keesokan harinya, kami bangun awal pagi kerana begitu teruja bercampur gemuruh. Perasaan kami bertukar kepada dengki tatkala melihat pakaian negeri-negeri lain. Kami hanya memakai pakaian seragam sekolah. Klimaks pada hari itu muncul apabila seorang daripada ahli kami tertinggal seluarnya di dalam bas. Guru pengiring kami panik. Pelbagai perkara sudah dilakukan dan mujurlah bas sempat datang ke tempat pertandingan tersebut. Kelegaan kami muncul kembali namun gemuruh terus menyelubungi diri kami manakan tidak pertandingan itu telah pun bermula.

Tibalah giliran kami untuk membuat persembahan. persembahan kami dibuka dengan tarian diiringi lagu Kenek Kenek Udang. Tepukan yang gemuruh telah kami terima. Persembahan kami diterima ramai dan kami juga mendapat banyak pujiandaripada negeri-negeri lain. Perasaan bangga terus menyelubungi kami. Selepas semua persembahan selesai, kami diberi masa untuk berehat sebelum majluis penutup berlangsung.

Majlis tersebut dimulakan dengan tarian Selamat Datang dan kugiran. Seterusnya, ucapan perasmian dan acara kemuncak diadakan. Semua peserta berdebar-debar menunggu keputusan tambahan lagi dengan pengacara majlis yang bijak menaikkan semangat berkobar-kobar semua peserta. Sejuta kesyukuran kami panjatkan apabila kami diumumkan sebagai pemenag Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan ini. Walaupun tidak bejaya membawa pulang Piala Pusingan Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan, kami tetap berbangga dengan kejayaan yang kami kecapi. Jutaan terima kasih kepada guru-guru pembimbing kami yang tidak jemu melayan karenah kami semasa membuat latihan. Terima Kasih.



Pada malam tersebut, kami dibawa meronda-ronda Bandaraya Bersejarah, Melaka. Pengalaman ini tidak kami lupakan. Keesokan harinya, kami sekali lagi dibawa ke Dataran Pahlawan. Disana, kami sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenangan. Seterusnya, kami bercadang untuk ke Taman Buaya namun, nasib tidak menyebelahi kami. Kami tidak sempat untuk melawat buaya-buaya disitu dek hujan dan kilat yang melanda. Pelbagai alternatif guru-guru kami lakuakan untuk membawa kami melawat ke tempat-tempat menarik di Melaka. Akhirnya kami terus pulang ke Terengganu. Pengalaman ini kami kongsikan bersama kawan-kawan kami di sekolah. Pengalaman ini tidak kami lupakan.

Setakat itu sahaja.

Tari Beradat Langkah Bertingkah,
Kalung Suasa Menghias Dada;
Tiba Saat Kita Berpisah,
Cemerlang Ditingkat Jemu Tiada.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment