Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya ke Ibu Kota, Kuala Lumpur. Kami bertolak dari Stesen Bas Dungun pada jam 9:30. Dalam masa hanya 7 jam, kami tiba di Hentian Putra pada jam 4:15 petang. Setibanya kami di sana, kami dijemput oleh bapa saudara saya, Pak Arif yang tinggal di Bukit Tungku. Kami dibawa ke rumahnya untuk bermalam di sana. Keluarga Pak Arif sangat gembira dengan kedatangan kami. Pada malam tersebut tiada aktiviti yang kami lakukan. Tetapi, pada keesokan harinya, kami bersiap lebih awal untuk ke Shah Alam bagi menghadiri Majlis Konvokesyen kakak saya. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada kakak. semoga kak terus berjaya di dunia dan di Akhirat.
Kami tiba di Shah Alam pada jam 12:30 tengahari. Kebetulan waktu itu merupakan sidang konvokesyen yang disertai oleh kakak saya. Kami hanya menunggu di luar de3wan sahaja dek kenakalan anak-anak Pak Arif. Setelah selesai Majlis tersebut, kami bergambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan. Kemudian, kami dibawak ke sebuah restoran Thai yang berada di Seksyen 7. Kami menikmati hidangan tersebut dengan hati yang gembira. Walaupun kami tidak berkesempatan ke i-City, kami tetap gembira.
Keesokan harinya, saya dan keluarga pulang ke kampung halaman. kami bertolak di sana pada jam 1:00 petang. Kami dijemput oleh abang saya dan dibawa ke sebuah restoran di tepi pantai. kami menjamu selera di sana den pulang dengan hati yang gembira. Inilah pengalaman yang berkemungkinan agak menarik buat keluarga saya. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment