Firman Allah SWT

"Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." [18:109]

Tuesday, 11 December 2012

Durian Oh Durian

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Buah-buahan tempatan merupakan salah satu tarikan utama pelancong di negara kita. Durian, langsat, duku, rambutan dan banyak lagi. Tahukah anda bahawa sesungguhnya orang barat datang ke Malaysia semata-mata untuk mencari buah-buahan tempatan terutamanya durian. Durian, raja segala buah merupakan satu kegilaan kepada seluruh rakyat Malaysia di semua peringkat umur. Harumannya yang menawan serta rasanya yang menggoda, menggamit segala kenangan di Malaysia. Walau bagaimanapun, kenapa masuh ramai yang meminati durian sedangkan kulitnya yang berduri dan baunya berkemungkinan menganggu-gugat bagi sesetengah pihak? Hal ini kerana, dengan kita mengopek kulit tersebut dan hasilnya amat mengkagumkan. Tetapi, dalam benak pemikiran saya, kenapakah manusia tidak melakukan sedemikian untuk mendapatkan hasil yang baik? kenapa masih ada manusia yang tidak dijadikan durian sebagai 'role model' mereka? Kenapa selebriti-selebriti yang tidak semestinya baik dijadikan idola atau 'role model'? Kenapa mereka tidak memandang orang yang dianggap hodoh seperti durian?

Mengapa saya bertanya tentang soalan-soalan tersebut? Ya, hal ini kerana kebanyakan manusia sekarang menilai sesuatu dengan melulu dan secara negatif. Selain itu, mereka hanya menunggu rezeki datang bergolek. Berbalik kepada durian tadi, kulit durian tersebut dianggap sebagai suatu masalah yang dihadapi. Manakala usaha kita untuk mendapatkan isinya yang kuning keemasan merupakan suatu wadah untuk kita mendapatkan hasil yang baik. Tetapi perkara ini hanyalah berlaku ketika untuk mengopek durian. Manusia sekarang tidak pandai untuk mengaplikasikan perkara remeh tersebut sedangkan di sebalik perkara itu terdapat banyak pengajaran yang boleh kita aplikasikan.

Di samping itu, budaya orang melayu sekarang yang menilai sesuatu yang remeh-temeh secara negatif. Hal ini dapat dibuktikan melalui manusia sekarang yang beranggapan bahawa berkebun itu begitu kecil hasilnya. Sedangkan, dengan berkebun, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita di samping dapat menikmati hasil tanaman yang diusahakan. Seperti yang dikatakan tadi, hanya durian yang dinilai berharga walaupun durinya tajam.

Maka, pemikiran kita haruslah berubah. Kebanyakan orang melayu yang pantas menuduh atau menilai sesuatu tanpa ada unsur periksa dan bukti yang kukuh justeru, ayuhlah kita jadikan durian sebagai pedoman. Jadilah seperti durian yang mempunyai hasil yang mapan walupun kulit tidak menawan.



Friday, 7 December 2012

Demam SPM 2012 Telah Tamat.

Assalamualaikum semua. Semoga perkongsian kali ini menarik minat kalian untuk membaca. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telahpun menutup tirainya setelah berminggu-minggu pelajar Tingkatan 5 seluruh Malaysia berjuang bagi mencapai impian mereka. Dengan berakhirnya subjek terakhir yang mereka pilih, maka merdekalah mereka. Walau bagaimanapun, kemerdekaan ini hanyalah sementara. Hal ini kerana, setelah berdaftarnya mereka di mana-mana institusi peengajian tinggi maka, nilai kemerdekaan yang mereka nikmati selama ini semakin berkurang. Pelbagai kerja dan tugasan yang bakal mereka hadapi dan perlu diselesaikan. Nilai kemerdekaan ini berkemungkinan tidak dinikmati oleh peserta yang terpilih ke Pusal Latihan Khidmat Negara (PLKN). Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah. Hal ini kerana PLKN dapat melatih diri kita supaya lebih berdisiplin lebih-lebih lagi dalam era transformasi negara di samping dapat menanam sifat patriotisma terhadap negara kita, Malaysia.

Buat lepasan SPM 2012, banyak waktu yang terluang perlu dirangka dengan baik. Jangan biarkan diri kita terus berkecimpung dengan perkara yang tidak berfaedah. Hal ini bukan sahaja merugikan diri sendiri malahan kerugian turut melanda kepada ibu bapa kita yang mengeluarkan kewangan mereka kepada mereka. Mungkin ada yang mengatakan bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka tetapi adakah wajar untuk kita membelanjakan wang tersebut kepada perkara yang tidak berguna? Selain itu, penyusunan dan perancangan waktu yang baik amat mempengaruhi diri kita. Kita tidak akan tertekan sekiranya masa kita dirancang dengan baik. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menimba pengalaman di samping menambah kewangan sara diri contohnya dengan bekerja separuh masa. Hal ini dilihat enteng oleh segelintir pihak dan mendakwa bahawa hal ini amat memalukan bagi mereka. Perkara ini perlu dihindar dari pemikiran anak remaja pada masa kini kerana "baik berjagung-jagung sementara padi belum masak".

Dalam menyusuri alam remaja, banyak liku-liku kehidupan yang perlu ditempuh. Oleh itu, banyak tekanan yang bakal dilanda sekiranya masalah tersebut tidak diurus dengan baik. Marcapada, banyak kes berkaitan remaja yang dilaporkan seperti pembuangan anak, gangsterisma dan vandalisma. Perkara ini banyak dilakukan oleh keluarga. Hal ini lebih menjurus kepada remaja lepasan SPM. Hal ini bukan tuduhan tetapi ianya kenyataan kerana mereka sudah tidak memikirkan mengenai masalah pelajaran mereka dan tidak terikat dengan peraturan sekolah. Berkemungkinan hanya segelintir sahaja yang memikirkannya.

Di samping itu, adab dan budaya melayu kini sudah luntur dalam kalangan remaja. Adab terhadab ibu bapa semakin berkurangan apatah lagi dengan rakan-rakan dan orang tua. Hal ini disebabkan oleh banyak perkara seperti pengaruh rakan ataupun diri yang sudah lama terbelenggu dengan perkara-perkara negatif.
Walau bagaimanapun, sekalung tahniah kepada calon-calon SPM SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun 2012 yang telah menamatkan peperiksaan dan pengajian mereka. Semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang dan jangan lupa pada jasa guru-guru yang telah membimbing kalian di sekolah. Akhir kata, "All is Well".

Sekian Terima Kasih.

Thursday, 6 December 2012

Solat Sunat Tahajud

"Hendaklah engku gunakan sebahagian waktu malam tu untuk sembahyang tahajud sebagai sembahyang  sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan keadaan yang baik" [17;79]
Assalamualaikum, Qiamullail atau bangun malam amat sinonim dengan amalan sunnah Rasulullah SAW. Amalan ini tidak pernah Rasulullah tinggalkan sehinggakan kaki baginda menjadi bengkak. Qiamullail boleh diisi dengan pelbagai ibadah-ibadah sunat untuk mengukuhkan lagi tali perhubungan dengan Allah SWT. Kebiasaannya, ia diisi dengan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Tahajud. Hal ini diringi dengan zikir-zikir munajat. Entry kali ini membincangkan tentang kepentinngan Solat Sunat Tahajud.

Solat Sunat Tahajud dari segi bahasa bermaksud meninggalkan tidur manakala dari segi istilah ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun tidur sebentar. Solat Sunat Tahajud boleh dilakukan selepas solat Isyak hingga terbit fajar.Walau bagaimanapun, amat digalakkan jika kita melakukan solat ini pada sepertiga malam terakhir iaitu kira-kira jam 0300 hingga jam 0500. Hai ini kerana, pada waktu ini, frekuensi  otak berada dalam lingkungan 7 hinggan 14 kitaran persaat iaitu pada paras alfa. Pada tahap ini, kita lebih tenang dan fokus untuk melakukan apa sahaja termasuklah ibadah. Selain itu, perkara yang masuk ke dalam fikiran kita tidak ditapis dan hal ini membolehkan kita bermunajat dengan lebih senang. Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Tuhan kita yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia . Setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang terakhir dengan berfirman: "Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan, siapa yang mahhu meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan, siapa yang mahu meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni."
Sudah terang lagi bersuluh, Solat Sunat Tahajud boleh menguatkan lagi tali perhubungan kita dan Allah di samping hajat yang dipinta turut dikabulkan.

Ramai antara kita yan masih belum mendalami mengapa harus kita melakukan Solat Sunat Tahajud. Solat Sunat Tahajud mempunyai banyak fadhilat serta kebaikannya. Dengan melakukan solat ini, kita dapat menunjukkan tanda perhambaan kita kepada Allah SWT. Di samping itu, kita dapat menguatkan jiwa dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Solat ini juga dilakukan bagi mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Kita juga dapat menzahirkan tanda kesyukuran  kita kepada Pencipta Yang Maha Esa dengann menunaikan ibadah sunat  ini. Tambahan pula, kita dapat mengindari diri kita daripada menerima musibah dan penyakit dengan beristiqamah melakukannya. Rasulullah SAW bersabda:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad )

Antara fadhilat dan kelebihan Solat Sunat Tahajud ialah:
  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Setakat itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga pembaca dapat mengambil pengajaran yang bergun. Terima kasih.

Friday, 30 November 2012

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya tidak menulis catatan di laman ini. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang solat sunat Dhuha. Solat Sunat Dhuha dikerjakan pada waktu pagi. Ia merupakan salah satu daripada tiga solat sunat yang tidak pernah Rasulullah S.A.W tinggalkan. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dapat kita peroleh dengan mengerjakan solat sunat ini.
Berkata Abu Ath-Tha'fi RA bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Allah telah berfirman: Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku pada awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu pada akhirnya". Riwayat Ahmad.
Hadis Qudsi di atas menerangkan bahawa dengan mengerjakan Solat Sunat Dhuha maka kita diberi jaminan untuk melaksanakan keperluan keduniaan manusia setiap hari. Hal ini menunjukkan bahawa setiap perkara yang kita lakukan pada hari tersebut dipermudahkan oleh Allah. Hal ini juga disokong dengan hadis dalam kitab An-Nurain. Hadis tersebut bermaksud: "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kemiskinan".
Dengan mengerjakan Solat Sunat Dhuha juga, kita tidak tergolong dalam orang yang lalai daripada mengingati Allah. Begitu juga bersama orang yang suka melakukan ketaatan. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yangmenunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyaipemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepadaseseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Dalam hadis yang lain:
Daripada Anas bin Malik RA berkata: "Aku mendengar Rasulullah berkata: " Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha 12 rakaat maka dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas". Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.
Selain itu, Allah telah menjanjikan nikmat buat hambanya yang melakukan ibadah sunat ini iqitu pengampunan segala dosanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui hadis yang bermaksud: "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan". Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.
Dalam meneliti hadis-hadis ini, maka tidak hairanlah bahawa Dhuha membawa banyak manfaat kita di dunia dan di Akhirat. In Sha Allah.
Semoga dapat beramal. Assalamualaikum. Terima Kasih.

Monday, 26 November 2012

Darmawisata Ke Ibu Kota, Kuala Lumpur


Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya ke Ibu Kota, Kuala Lumpur. Kami bertolak dari Stesen Bas Dungun pada jam 9:30. Dalam masa hanya 7 jam, kami tiba di Hentian Putra pada jam 4:15 petang. Setibanya kami di sana, kami dijemput oleh bapa saudara saya, Pak Arif yang tinggal di Bukit Tungku. Kami dibawa ke rumahnya untuk bermalam di sana. Keluarga Pak Arif sangat gembira dengan kedatangan kami. Pada malam tersebut tiada aktiviti yang kami lakukan. Tetapi, pada keesokan harinya, kami bersiap lebih awal untuk ke Shah Alam bagi menghadiri Majlis Konvokesyen kakak saya. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada kakak. semoga kak terus berjaya di dunia dan di Akhirat.

Kami tiba di Shah Alam pada jam 12:30 tengahari. Kebetulan waktu itu merupakan sidang konvokesyen yang disertai oleh kakak saya. Kami hanya menunggu di luar de3wan sahaja dek kenakalan anak-anak Pak Arif. Setelah selesai Majlis tersebut, kami bergambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan. Kemudian, kami dibawak ke sebuah restoran Thai yang berada di Seksyen 7. Kami menikmati hidangan tersebut dengan hati yang gembira. Walaupun kami tidak berkesempatan ke i-City, kami tetap gembira.

Keesokan harinya, saya dan keluarga pulang ke kampung halaman. kami bertolak di sana pada jam 1:00 petang. Kami dijemput oleh abang saya dan dibawa ke sebuah restoran di tepi pantai. kami menjamu selera di sana den pulang dengan hati yang gembira. Inilah pengalaman yang berkemungkinan agak menarik buat keluarga saya. Terima Kasih.

Friday, 23 November 2012

Kelebihan 10 Muharram

Assalamualaikum semua.

Bercakap mengenai 10 Muharram iaitu Hari Asyura banyak peristiwa yang membawa kepada mandubnya berpuasa pada hari ini. Pada zaman dahulu, Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Hal ini kerana Allah telah melepaskan Bani Israel daripada musuh mereka dan kerana itulah Nabi Musa a.s. berpuasa. Peristiwa ini berlaku tika mana Rasulullah tiba di Madinah al-Munawwarah.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)
Peristiwa-peristiwa lain turut diberitahu malalui hadis di bawah:
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Jadi, marilah kita sama-sama mengamalkan seiring dengan suruhan Rasulullah SAW.
Sekian sahaja terima kasih.

Thursday, 22 November 2012

Menutup Aurat

Assalamualaikum semua. Entry kali ini membincangkan mengenai dialog kaum-kaum hawa yang terbelenggu dengan hasutan syaitan.

1) Eleh, ni nak habaq mai..yg sembahyang tunggang terbalik tu pun belum tentu masuk syurga tau..pelacur yang bagi anjing minum tu Allah masukkan dia ke syurga. U olz jangan nak sesuka hati menilai i olzz berpakaian! Allah je yang berhak nak judge kita..huh

gegurlz..memang sembahyang itu bukan jaminan untuk masuk ke syurga, namun begitu yang membuka aurat itu PASTI masuk neraka!

2) Pakai baju jarang ke kain sendat ke, itu hak kami! Kalau tak suke JANGAN tengok, hey kalau itu tak boleh, ini tak boleh, ko pergi hidup dlm hutan la..kolot! tak reti hidup bermasyarakat..

Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk mnahan godaan syaitan?

3) Seksi itu subjektif ok! bagi kami apa yang kami pakai ni xseksi pun, awk tu lain la..kami pakai macam ni pun dah bising-bising..gila sex eh?

Wahai kaum wanita, haruslah anda sedar, subjektif atau objektif..anda tetap dikira berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut, ini bukan saya kata..dalam al-quran ada tulis!

4)Ingat kami ni tak bertudung, kami tak sembahyang ke? hey kami pun solat la..cukop 5 waktu lagi tau..puasa pun tip top..xpernah nak ngelat!

Sayang-sayangku…yakinkah anda dengan ibadat dan puasa sudah cukop untuk menjamin anda tiket ke syurga?

5) Sukahati kami la nak pakai macam mana pun, asalkan kami xsusahkan hidup orang lain dah la kan. lagipun Allah tak suka kita membazir,ha yang u olz ni beli tudung, beli kerongsang, baju panjang-panjang, membazir tau tak? dah ikut amalan syaitan laknatullah tu..huh

Anda sebenarnya telah menyusahkan hidup bapa, abang, adik lelaki serta suami anda dan menarik mereka kedalam neraka bersama-sama dengan anda disebabkan mereka gagal menegur dan mendidik anda

6) Apa yang kami pakai, club mana yang kami pergi, ini antara kami dengan Tuhan. Ha yang korang ni, cakap banyak ko dah settle ke dosa-dosa ko ngan Allah?

Berani cakap di dunia, nanti di depan Allah berani cakap tak? Lawan perintah Allah, nerakalah tempatnya dik!

7) Excuse me! ai pakai sexy-sexy macam ni sebab permintaan dari produscer, ni kan komitmen ai terhadap kerjaya ai. Ai kena jiwai lakonan ni, barulahpengajaran dan moral of this film dapat disampaikan dengan tepat serta berkesan ke dalam hati para penonton. Inilah pengorbanan ai sebagai anak seni!

Anda sanggup patuh arahan manusia dan engkar perintah Allah? Siapa yang akan menentukan anda ke syurga atau neraka..Allah ke Produser?

8) Ermm bukannya kami tak mahu menutup aurat, cuma seru belum sampai. Kami tak mahu berlaku hipokrit terhadap diri sendiri. Lagipun takkan nak buat perubahan drastik, selow-selow la..ai tak nak nanti kena culture shock pulak

Awak..nasihat-nasihat dari pesbuk, tb al hijrah, tu sume seru la tuh..menyeru anda ke arah kebaikkan. Nak seru yang macam mana lae?

9) huh orang body tak lawa je yang pakai balut sana balut sini, kitaorang rambut lurus, kulit mulus, pipi gebus..rugila kalau simpan..lagipun time muda-muda macam nilah nak bergaya dah tua-tua nanti pakai macam gini orang cakap buang tebiat pulak

Dik senang kira, nak habaq mai yang mati itu tidak mengenal usia, tidak berbau dan tidak pula diberikan surat amaran, kalau sampai masa matilah anda!

10) Ala yang pakai tudung tu jauh lebih jahat dari kami, bila mereka tengok kami, dalam hati mereka mesti timbul perasaan mereka perempuan baik-baik, riak, ujub dan takbur kan? hah ingat diri tu bagus sangat, padahal saham dosa dah bertimbun di akhirat. Apa pandang-pandang..jeles lettew ko xde body mcm ak?

Sayangku, benda yang elok dan cantik itu kita balut kita tutop dan simpan elok-elok supaya tak dirosakkan, kalau kita biar terbuka tu, dah busuk..dah xelok..macam lolipop yang jatuh atas tanah..sape lagi yang nak? kalau ada orang kutip ambil makan pun , nanti kena penyakit

Sekadar teguran buat diri sendiri dan kaum seagama yang lain, tidak ada niat untuk menyakiti hati sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang dan ambil berat orang lain terhadap diri kita. Dalam kehidupan, jangan jadikan alasan itu sebagai penghalang. Islam itu indah dan merupakan kejayaan di dalam keidupan.

p/s: Kaum wanita katakanlah ‘aurat saya mahkota saya’..kaum lelaki jalankan tanggungjawab anda sebagai khalifah di muka bumi allah ini.
Sekian Terima Kasih.

Bulan Muharram

Assalamualaikum semua.
Semoga pertemuan kali ini bahan bacaan lebih menarik dari sebelum ini.
Bulan Muharram sering dikaitkan dengan peristiwa Hijrah dan Hari Asyura. Terdapat banyak kelebihan yang kita dapat dengan melakukan amar makruf pada bulan ini.
Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam Kalendar Hijrah. Penggunaan takwim Hijrah bermula pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, waris kepimpinan Rasulullah SAW juga dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin sekitar tahun 632 Masihi. Sebelum wujudnya takwim Hijrah ini, umat Islam, masyarakat Arab khususnya, menggunakan pelbagai kalendar termasuklah kalendar Tahun Gajah, Parsi, Romawi dan rujukan peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Setelah dibanding dan dikaji, maka ia telah memberi ilham kepada Umar al-Khattab untuk mewujudkan takwim khas bagi umat Islam. Beliau memilih tahun yang mempunyai peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sebagai asas permulaan tahun bagi kiraan takwim Islam. Selain itu banyak peristiwa yang membawa kepada pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam Islam antaranya ialah:
  • Umat Islam baru selesai menunaikan rukun Islam yang terakhir iaitu Ibadah Haji yang dilakukan pada bulam sebelumnya, Zulhijjah.
  • Penetapan penghijrahan ke Madinah ditetapkan.
  • Memperingati peristiwa Bai'at Aqabah kedua.

Bulan Muharram juga merupakan antara bulan-bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Pada bulan-bulan tersebut, umat Islam diharamkan berperang dan berbunuhan kecuali diugut. Larangan untuk melakukan maksiat lebih keras berbanding bulan-bulan yang lain.
Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Abdullah Ibnu Abbas ra mengatakan: maksiat yqng dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amalan kebajikan yqng dilakukan lebih besar pahalanya (Tafsir at-Thabari)
Al Allamah ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi Muhammad SAW memandubkan berpuasa di bulan-bulan haram.
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". HR Muslim no. 1163.
(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)
Sekian terima kasih.

Pertandingan Bicara Berirama

Assalamualaikum W. B. T. semua.
Semoga kalian seronok membaca entry  kali ini.




Sireh Berlipat Sireh Pinang,
Sireh Dari Pulau Mutiara;
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Ingin Rasa Memakan Kari,
Kari Cendawan Batang Keladi;
Girang Rasa Tidak Terperi,
Bertemu Tuan Yang Baik Budi.



Begitulah pantun yang dilantun oleh pasukan kami yang mewakili Terengganu Darul Iman dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di D' Village Resort, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut diadakan pada 29-31 Oktober 2012. Pasukan kami membawa diri dengan kemenangan pertama pada peringkat Daerah Dungun di SM Sains Dungun seterusnya melakar kejayaan pada peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di SMK Jenagor, Hulu Terengganu. Selepas itu, berbekalkan skrip berjudul "Kami Rakyat 1 Malaysia", kami mara ke peringkat Kebangsaan. Hal ini merupakan batu loncatan buat kami kerana pertandingan ini kali pertama diadakan.

Pengalaman dan Ilmu banyak kami peroleh disana. Setibanya kami disana, kami disambut oleh urusetia yang agak peramah. Sejurus kemudian, kami dibawa berjumpa bersama urusetia pasukan Terengganu sebelum ke bilik. Kenangan pertama dimanifastasikan apabila kami meronta-ronta mencari bilik kami seperti "rusa masuk kampung" . Lega kami dapat dihilangkan sejurus bilik penginapan kami dijumpai. Riuh-rendah jadinya. Pada sebelah malam, acara penyesuaian pentas dilaksanakan. Sessi tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak penganjur seterusnya mesyuarat ringkas antara urusetia dan guru pengiring diadakan. Sessi penyesuaian pentas dimulakan dengan peserta pertama iaitu Negeri Sembilan dan berakhir dengan peserta Wilayah Persekutuan Labuan. Pasukan kami giliran ketujuh. Pelbagai gaya ditonjolkan oleh setiap peserta.

Keesokan harinya, kami bangun awal pagi kerana begitu teruja bercampur gemuruh. Perasaan kami bertukar kepada dengki tatkala melihat pakaian negeri-negeri lain. Kami hanya memakai pakaian seragam sekolah. Klimaks pada hari itu muncul apabila seorang daripada ahli kami tertinggal seluarnya di dalam bas. Guru pengiring kami panik. Pelbagai perkara sudah dilakukan dan mujurlah bas sempat datang ke tempat pertandingan tersebut. Kelegaan kami muncul kembali namun gemuruh terus menyelubungi diri kami manakan tidak pertandingan itu telah pun bermula.

Tibalah giliran kami untuk membuat persembahan. persembahan kami dibuka dengan tarian diiringi lagu Kenek Kenek Udang. Tepukan yang gemuruh telah kami terima. Persembahan kami diterima ramai dan kami juga mendapat banyak pujiandaripada negeri-negeri lain. Perasaan bangga terus menyelubungi kami. Selepas semua persembahan selesai, kami diberi masa untuk berehat sebelum majluis penutup berlangsung.

Majlis tersebut dimulakan dengan tarian Selamat Datang dan kugiran. Seterusnya, ucapan perasmian dan acara kemuncak diadakan. Semua peserta berdebar-debar menunggu keputusan tambahan lagi dengan pengacara majlis yang bijak menaikkan semangat berkobar-kobar semua peserta. Sejuta kesyukuran kami panjatkan apabila kami diumumkan sebagai pemenag Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan ini. Walaupun tidak bejaya membawa pulang Piala Pusingan Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan, kami tetap berbangga dengan kejayaan yang kami kecapi. Jutaan terima kasih kepada guru-guru pembimbing kami yang tidak jemu melayan karenah kami semasa membuat latihan. Terima Kasih.



Pada malam tersebut, kami dibawa meronda-ronda Bandaraya Bersejarah, Melaka. Pengalaman ini tidak kami lupakan. Keesokan harinya, kami sekali lagi dibawa ke Dataran Pahlawan. Disana, kami sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenangan. Seterusnya, kami bercadang untuk ke Taman Buaya namun, nasib tidak menyebelahi kami. Kami tidak sempat untuk melawat buaya-buaya disitu dek hujan dan kilat yang melanda. Pelbagai alternatif guru-guru kami lakuakan untuk membawa kami melawat ke tempat-tempat menarik di Melaka. Akhirnya kami terus pulang ke Terengganu. Pengalaman ini kami kongsikan bersama kawan-kawan kami di sekolah. Pengalaman ini tidak kami lupakan.

Setakat itu sahaja.

Tari Beradat Langkah Bertingkah,
Kalung Suasa Menghias Dada;
Tiba Saat Kita Berpisah,
Cemerlang Ditingkat Jemu Tiada.

Terima Kasih.

Wednesday, 21 November 2012

Cuti Persekolahan Kembali Lagi

Assalamualaikum W. B. T semua.
Semoga post hari ini akan menarik minat semua.

Cuti persekolahan telah pun bermula. Hal ini bakal merungsingkan ibu bapa tetapi suatu kegembiraan buat guru. Hal ini kerana ibu bapa bakal memikul beban yang agak berat kerana nak-anak menjadi tanggungan mereka sepenuhnya. Mungkin sebelum ini mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan, asrama atau hanya menjaga mereka pada waktu yang cukup sedikit iaitu selepas sahaja mereka pulang dari sekolah. Hal ini tidak menjadi berat sekiranya ibu bapa pandai merancang atau merangka jadual ank mereka. Bagi sesetengah pihak pula, cuti persekolahan menjadi satu gerbang untuk mereka bercuti samada di dalm atau luar negara. Bercuti bersama keluarga merupakan satu aktiviti yang cukup menarik keran di samping dapat mengeratkan lagi tali kekeluargaan malahan bakal menambahkan lagi pengetahuan anak-anak mereka kerana "jauh berjalan luas pandangan".

Selain itu, banyak kem atau mukhayyam yang dianjurkan oleh banyak pihak. Hal ini secara tidak langsung menjadi satu wadah untuk remaja mengisi waktu lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Mukhayyam pada waktu cuti lebih enjoy berbanding pada musim persekolahan justeru rebutlah peluang ini untuk mencari serta meneroka ilmu dengan akti berfaedah seperti kem ini. Walau bagaimanapun. ada segelintir pihak yang beranggapan bahawa kem sebegini hanya membuang duit. Anggapan sebegini perlu dihindar lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu bapa. Amat rugilah sekiranya anggapan sebegini terus menular sehinggakan usaha murni segelintir pihak terbantut.

Cuti pesekolahan juga cukup sinonim dengan musim perkahwinan atau kenduri-kendara. Bercakap mengenai perkahwinan, ramai antara kita mengambil peluang untuk menamatkan zaman bujang mereka pada musim cuti persekolahan ini. hal in bertujuan untuk mengelak daripada pertembungan aktiviti yang lain di samping terdapat ramai tetamu yang bakal berkunjung. Amat bertetapanlah kata orang bahawa musim cuti sekolah bermakna musim perkahwinan.

Walaubagaimana pun, pada musim inilah berlakunya musim hujan yang disebabkan oleh tiupan Angin Monsun Timur Laut yang menyebabkan berlakunya banjir besar di beberapa buah negeri. Pada tahun ini dilaporkan bahawa berlakunya banjir di negeri-negeri di negara kita. Hal ini amat mendukacitakan bagi sesetengah pihak yang terlibat. Namun, kerajaan telah menyediakan prasarana serta bantuan kepada mengsa banjir. Meskipun mereka tidak dapat menikmati percutian mereka, ingatlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Marcapada, banyak yang menyatakan bahawa banjir ini merupakan satu bala atau sial. Perkara ini perlu diubah sebelum ianya merebak.

Setakat itu sahaja entry  untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain hari.